Jumaat yang lepas, saya dah beberapa orang rakan sekerja telah menghadiri satu mesyuarat di luar Kuala Lumpur.
Selesai meeting, saya menghubungi seorang kakak (org tempatan) untuk ke rumah tumpangan yang disediakan.
Menurut kakak tersebut, keluar ke jalan besar, terus hingga jumpa bulatan. Ambil ke kiri. Nanti dia tunggu di sana.
Kami pun mengikut arahan yang diberikan. Tapi malangnya, bulatan yang dicari tidak dijumpai. Keadaan sudah lewat malam.
Saya menghubungi semula kakak tersebut memberitahu kami berada di mana. Katanya kami sudah melepasi bulatan tersebut. Peliknya, kami masih tidak jumpa satu pun bulatan. Macam mana boleh diberitahu kami sudah melepasi bulatan??
Kami pun berpatah balik dan mengambil keputusan berhenti di tempat yang senang untuk kakak tersebut mengambil kami.
Sementara menunggu, saya terfikir, bulatan apakah yang dimaksudkan oleh kakak tersebut? Jika disebut bulatan, saya terbayang yang seperti di Shah Alam atau Bangi itu.
5 minit kemudian, kakak tersebut sampai dan kami mengikut dia di belakang.
Erk..ini ke bulatannya? Masing-masing tersenyum.
Rupanya bulatan yang dimaksudkan adalah simpang 4 yang ada trafik light huhuhu..sabo je la..
*sudah saya jangka, mungkin bulatan maksud kakak itu adalah benda lain.

0 comments:
Post a Comment