Alhamdulillah, seperti dijanjikan selepas 3 minggu, saya akan jumpa jejaka itu. Jam 2 petang, saya menuju tempat yang dimaksudkan.Hari ini, jejaka itu tidak bertugas. Saya berjumpa jejaka yang lain. Seorang yang cukup baik. Berusia lebih kurang abah saya.
Dialah Dr. Noh. Ya, hari ini saya kena jumpa doktor. Dr. Najib tak bertugas hari ini.
"Dah makan tengahari?", tanya Dr. Noh.
"Belum", jawab saya.
"Sarapan?", tanya Dr. lagi.
"Dah doktor", jawab saya ringkas. Tanya doktor lagi pukul berapa saya bersarapan dan melihat jam ditangan.
"Boleh saya ambil darah awak?", tanya doktor.
Doktor tanya, pernah pengsan tak masa ambil darah. Saya hanya menjawab tak pernah. Lagi pun dah lama tak kena cucuk. huhu..
Dipendekkan cerita, petang tadi doktor ambil darah saya. Warghh.. dah lama x kena cucuk. Sakit sikit.
3 minggu lagi kena jumpa doktor lagi. Seperti biasa, sebelum pulang, buah tangan adalah ubat ubatan..
*agak2 boleh claim x kos ubat nih? huhu.. | gambar hiasan



0 comments:
Post a Comment