Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi diri ini berpeluang terbang ke bumi Kenyalang 14 April lalu. Dahulu, saya pernah bermusafir ke sana untuk menuntut Ilmu. Bertemu dengan sorang kenalan anak jati Lundu, saya amat bersyukur. Dia juga merupakan roomateku ketika di Kolej Gemilang, Uitm Samarahan Sarawak.
Dialah orang yang beratur dibelakangku ketika proses pendaftaran masuk ke kolej dan akhirnya dia merupakan roomateku. [tidak ku lupa, peristiwa jatuh tangga selepas habis mendaftar..huhu betapa malunya sy masa nie.. adoii..]
Fadzilah Hj Mahdi a.k.a iela. Keluarganya merupakan keluarga angkatku. Alhamdulillah, saya berkenalan dengan sebuah keluarga yang cukup baik. Jika saya balik ke kampung di Lundu, Subuh dan Maghrib WAJIB untuk kami solat jemaah bersama.
Tidak saya sangka, kami dapat bertemu kembali setelah 9 tahun tidak bertemu. Katanya saya tidak banyak berubah. Tetap comel hehe.. Tapi saya nampak lebih matang. ( Ye ke?) Iela juga tidak banyak berubah. Cuma nampak lebih bergaya dan sedikit slim hehe..
Kami sempat bertemu di sebelah malam pada hari Jumaat, sebelum dia pulang ke kg (cuti) keesokan harinya. Ikutkan hati mahu sahaja saya ikut dia balik ke Lundu, tapi apakan daya, ada tugasan yang perlu dilakukan di Kuching.
Terima kasih Iela. Moga bertemu lagi..




0 comments:
Post a Comment