IM Hassan & IM Nazrul Mara ke akhir!

Mabruk! Tahniah diucapkan kepada 2 calon Imam Muda (IM) siri 2 iaitu IM Hassan & IM Nazrul kerana berjaya mara ke peringkat akhir. Tadi, saya sempat menonton program IM yang bertemakan Ibu Bapa. Tersentuh hati melihat bapa yang ditinggalkan di rumah orang tua.

Memetik kata-kata IM Hassan, " Tiada mak yang ke-2 selepas mak yang kita ada sekarang. Dan tiada ayah yang ke-2 selepas ayah yang kita ada sekarang" (lbh kurang la die kata mcm tu..)

Tersentuh sungguh hati dengan kata-kata/hujah2 IM tadi..menitik air mata teman..:(

Jangan kamu katakan walaupun "Ah" kepada ibu bapamu. Sebaliknya berikan yang sebaiknya kepada mereka. Dari setiap sudut samaada percakapan, tingkah laku dll.

Kita beriman pada ALLAH dalam masa yang sama sebagai seorang muslim itu hendaklah mentaati kedua ibu bapanya. Dengan melihat wajah ibu bapa pun, sudah mendapat pahala. Ya ini saya akui. Saya pernah membaca dalam satu artikel menyatakan bahawa, lihatlah wajah ibu bapamu ketika mereka tidur. Pasti memberi kesan kepada dirimu.

Jika pulang ke kg, mak dan abah selalu tidur di ruang tamu. Jika esoknya saya mahu pulang ke KL, saya akan mengambil kesempatan untuk tidur di atas kusyen bersebelah mak dan abah tidur. Saya akan melihat wajah mereka. Sungguh, terasa sayu... :(

Ya Allah, ampunkan dosa kedua ibu bapaku dan kasihi mereka seperti mana mereka mengasihi ku sejak kecil..aamen

p/s : fyi, 2-2 calon akhir ini ada kaitan dgn perak.. sorang asal ayer tawo.. sorang lg tinggal di seri manjung..hehe..kg teman tu.. ^^


0 comments:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Sahabat berpesan.... |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net