Pada akhir Ramadhan, dia rebah dan tidak sedarkan diri. Dia di bawa ke hospital dan doktor mengatakan hayatnya hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Anak-anak mengambil keputusan untuk membawa dia pulang ke rumah.
Bermula hari itu, saudara terdekat, jauh datang ziarah dan membacakan surah yassin.
Menjelang hari raya pertama, kami hanya beraya ala kadar sahaja. Kerana semuanya tertempu pada dia. Ramai yang dtg ziarah. Awal pagi kami semua berkumpul untuk membaca yasin dan diulang2 beberapa kali.
Pada malam hari raya ke2 jam 10.30 malam, abah menelefon memberitahu dia makin tenat. Abah sentiasa di sisinya dan selalu mengajarnya mengucap. Semua kelam kabut bersiap menuju ke rumahnya(berhampiran). Mujur tetamu yang hadir ke rumah kami itu memahami.
Disebabkan saudara yang berjauhan sudah pulang, hanya tinggal adik-beradikku dan sepupu terdekat sahaja. Kami membaca yasin bersama.Ku pegang kakinya, terasa sejuk. Nafasnya semakin kuat. Tepat jam 3 pagi, dia pergi buat selamanya.
Esok paginya, sementara menunggu untuk dimandikan, kami sepupu-sepupu membaca 30 juzuk al-quran dan yasin untuk dia. Semasa dikafankan anak2 dan cucu2 berpeluang mencium dahinya buat kali terakhir. Inilah pertama kali, aku mencium jasad orang terdekat yang sudah tidak bernyawa - opah.
Sementara menunggu muslimin hadir untuk disolatkan selepas zohor, makcik menyuruh aku teman dia seketika dan membacakan surah yasin untuknya kebetulan cucu-cucu lelaki opah ke surau untuk solat zohor. (aku ramai sepupu lelaki)
Selesai disolatkan, jenazah di bawa ke tanah perkuburan Kg Permatang, Sri Manjung. Aku ikut sekali. Semasa nak turunkan tanah, semua cucu-cucu lelaki opah mengambil cangkul2 dan menurunkan tanah tersebut hingga selesai. Alhamdulillah, tepat jam 3-3.30 petang semua urusan selesai.
Darinya kita datang kepadanya kita kembali.. Inilah kali pertama dan terakhir saya dapat melihat semua proses menguruskan jenazah opah/tok hingga habis. Kedua-dua tok meninggal, saya tak lahir lagi. Opah sebelah mak, saya berada di Swak. dan ini opah terakhir.
Saya dah tiada opah/tok. Dia pergi ketika umur 87 tahun. Dia seorang yang kecil tetapi kuat dan tabah. Bayangkan ketika usia 86tahun masih boleh mengayuh basikal. Masih terbayang wajahnya.
Demam
Esoknya sy pulang ke KL menumpang kakak dan keluarganya. Hari Isnin tekakku terasa pedih. Dan ini dah 2 minggu, sistem kesihatanku terganggu. Moga Allah ampunkan segala dosa. Aamen..
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.
p/s: alfatihah.. | sy mahu pergi kursus uruskan jenazah!

0 comments:
Post a Comment